Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT 1430 HIJRAH
& 2009 MASEHI

Wednesday, December 17, 2008

RAGAM ANAKKU
















"Saya adik... panggil saje adik... saya tak marah... saya ada kakak... kakak saya suka main... kadang-kadang kakak ajak saya main... tapi saya suka tidur... saya ajak kakak saya tidur... tapi dia tetap nak main... emmm... saya tidur ajelah..."
















"Saya kakak... dah tentu kena panggil kakak... saya ada adik... emmm... tapi adik saya suka tidur... saya suka ajak adik saya main... tapi dia tetap nak tidur... mana seronok main sorang2.... tapi dia nak tidur juga... jadi saya main ajelah sorang2."

ANAK

Dewasa ini purata ibubapa yang gagal mendidik anak-anak ke arah pengamalan Islam secara syumul begitu ketara sekali dan semakin membimbangkan . Impaknya dapat dilihat dengan jelas dalam senario kehidupan anak – anak itu sendiri . Hal ini jika berterusan akan merosakkan diri mereka, kasih sayang terhadap ibubapa mereka, hubungan antara keluarga , orang tua dan ahli masyarakat setempat . Lebih jauh lagi , tempiasnya akan tersebar terhadap Islam dan negara.
Faktor penyebabnya ialah bapa , selaku ketua , pemimpin dan pelindung terhadap keluarga , dan ibu selaku penasihat dan penggerak kepada peranan bapa. Malangnya peranan ini gagal dilaksanakan.
Antara kesilapan yang dilakukan ialah :
1. Kurang penekanan terhadap kewajipan solat – tidak mengajar anak solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan kerana sifat menyerah tanggungjawab tersebut kepada ustaz di sekolah atau kelas Fardhu ‘ain . Kalau anak – anak solatpun tidak pernah diuji secara praktikal atau diperhati betul salahnya solat tersebut.. Begitu juga , jika dibawa anak – anak ke masjid , ibu bapa tidak mengambil pusing anak – anak mereka sama ada mereka sudah masuk saf atau tidak . Apasalahnya jika jarang – jarang ibubapa solat dibelakang anak –anak. Dalam hal ini ada kalangan ibubapa yang tidak memaksa secara tegas supaya anak – anak solat seperti solat Subuh atas alasan kasihan ( melihat mereka nyenyak tidur) dan juga semasa menghadiri sesuatu majlis keraian , kenduri, perayaan dan seumpamanya.
2. Tidak memberi perhatian t erhadap pembelajaran bacaan Al Quran anak –anak . Anak – anak tidak ditanya atau menyuruh membaca semula apa yang pelajari pada hari itu dal am bentuk ulangkaji . Juga tidak ditanya guru Al Quran tentang kemajuan dan sikap anak – anak semasa belajar samatelah untuk memberi kuasa veto kepada si guru bagi meerotan anak- anak mereka.
3. Tidak memberi rangsangan dalam bentuk hadiah dan pujian terhadap anak – anak yang cemerlang dalam solat , bacaan Al Quran ( hafalan lagi baik ) dan hafalan wirid serta doa .
4. Tidak menanam sikap kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
5. Tidak mengambil kesah pemakanan anak – anak sama ada di rumah atau di luar yang kebanyakan bersumberkan subahah seperti ajinomoto , makanan segera , minuman berkarbonat dan lain – lain lagi. Atau bersumberkan pembelian wang haram atau subahah.
6. Membiarkan anak – anak bergaul bebas tanpa memerhatikan latar belakang kawan – kawan mereka dari segi penjagaan solat , latar pendidikan , akhlak dan keluarga ( faktor pengaruh) Walau bagaimanapun anak –anak tidak boleh dikongkong kerana akan menghalang kematangan mereka dalam pergaulan.
7. Memberi kebebasan berpakaian tanpa menutup aurat khususnya anak perempuan. Ramai ibubapa golongan baru segaja memilih dan mengatur pakaian anak- anak mengikut ‘trend’ zaman ini . Sepatutnya anak –anak perlu diajar cara pakaian bersopan bermula zaman awal kanak-kanak lagi . Ingat , panas akhirat mengatasi panas dunia!
8. Terlalu menekankan kecemerlangan akademik dengan menghantar tuisyen petang dan malam serta hujung minggu (tuisyen sekolah dan persendirian : tidak semua tetapi ada) sehinggakan anak – anak menjadi letih tetapi mengabaikan pendidikan Islam .
9. Membiarkan anak- anak menonton hiburan melampau dan drama yang tidak bermoral , mendengar muzik barat / cinta serta membaca novel cinta , majalah hiburan yang diketahui tiada motif / unsur mendidik rohani .
10. Tidak membawa anak – anak menziarahi kubur yang bertujuan untuk mengingatkan hari penyudah hidup.
11. Tidak membawa anak – anak terutamanya anak yang remaja berzia rah ke rumah ahli keluaga dan saudara mara sambil memperkenalkan antara satu sama lain.
12. Tidak memanggil anak-anak supaya bersalam dan bermesra dengan tetamu yang datang ke rumah ( tetapi dengan menjaga adab kesopanan )
13. Tidak memperjelaskan hukum hakam agama dalam semua aspek kehidupan baik rohani , jasmani dan ketuhanan Allah Yang Maha Esa.
14. Tidak menanam sikap menolong orang susah , fakir dan miskin serta amalan bersedekah .
15. Ibapa tidak menunjukkan contoh yang baik selaras dengan kehendak Islam.
16. Ibubapa terlalu mengejar dunia sehingga semua di atas tidak terlaksana! Ingatlah bahawa anak – anak itu adalah permata hati kita dan juga salah satu penyebab penentu sama ada kita duka atau bahagia di akhirat kelak .















Tuesday, September 9, 2008

Monday, July 28, 2008

JUBLI EMAS



Sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah menyingkap kembali sejarah kesultanan lebih 900 tahun lalu yang bermula dengan pemerintahan Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1136. Sehingga hari ini terdapat 28 orang Sultan yang silih berganti mewarisi takhta kesultanan paling tua di dunia itu.Terdapat lapan buah pusat pemerintahan di seluruh negeri Kedah iaitu Kota Bukit Meriam (1136-1236), Kota Sungai Emas (1236-1323), Kota Siputih (1323-1626), Kota Naga (1626-1654), Kota Sena (1654-1664), Kota Bukit Pinang (1687-1735) dan Kota Star (1735 sehingga kini).

Takhta kesultanan Kedah memasuki era amat bersejarah apabila pemerintahan Sultan Abdul Halim genap usianya 50 tahun. Sultan Abdul Halim merupakan Sultan Kedah yang keempat menyambut Jubli Emas semasa pemerintahan berada di atas takhta. Sultan-sultan sebelumnya ialah Sultan Kedah kelapan, Sultan Ataullah Muhammad Shah (1423-1473), Sultan ke-19 Sultan Zainal Adilin Mu'adzam Shah (1710-1778), dan Sultan ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943).

Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit di sini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid serta bersemayam di asrama pada 1946 sehingga 1949.Pada Februari 1949, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan selepas selesai kursus persiapan, baginda diterima masuk ke Wadham College di Oxford, London pada 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.Ketika masih menuntut di England, Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949.Tidak seperti kebanyakkan putera raja yang lain, baginda memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Daerah Kota Star dan Perbendaharaan Kedah setelah kembali ke tanah air pada 1955.Mulai 9 Mac 1957 hingga 3 Julai 1957, Sultan Abdul Halim memangku jawatan Sultan Kedah kerana ayahandanya Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959 manakala Almarhum Tuanku Bahiyah Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Sultanah Kedah.Baginda mempunyai pejabat di pusat pentadbiran negeri, Wisma Darulaman dan memasuki pejabatnya seperti kakitangan kerajaan lain bermula pada pukul 8 pagi hingga tamat waktu pejabat harian.

Menyentuh mengenai kehidupan peribadi, hasil perkongsian hidup dengan Almarhumah Sultanah Bahiyah pada 10 Mac 1956, baginda dianugerahkan tiga puteri iaitu Tunku Soraya, 44, Tunku Sarina (mangkat pada 31 Ogos 1991) dan Tunku Datuk Seri Intan Safinaz, 39.Baginda juga berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975.Sempena sambutan Jubli Emas ini, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata kerajaan negeri mengaturkan pelbagai acara bagi memeriahkan perayaan itu.Katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju dengan cadangan untuk membina sebuah taman awam sebagai lambang mengabadikan sambutan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda.Syed Unan Mashri memberitahu, taman seluas 20 hektar tersebut bakal menjadi tanda kasih sayang kerajaan negeri dan rakyat kepada Sultan Kedah sebagai sultan yang mencurahkan usia 50 tahun baginda untuk berkhidmat."Sejarah gemilang pemerintahan Tuanku (Sultan Kedah) dan juga 27 orang sultan-sultan terdahulu yang menjangkau hampir 1,000 tahun akan diabadikan di dalam reka bentuk 'Batu Bergambar' dan 'Batu Bersurat' yang menghiasi taman ini."Di atas 'Batu Bergambar' akan diukir sejarah Perlembagaan Pembangunan Negeri Kedah Darulaman sepanjang tempoh Sultan Kedah menaiki takhta sehingga sambutan Jubli Emas," katanya.


d'edit dr BERNAMA

Saturday, July 26, 2008

PINDAH RUMAH

Kami sekeluarga dah berpindah ke Aloq Staq mulai 16hb Julai hari tu... sekarang masih lagi menetap di Kampung Padang, di bandar PJ (Pekan Jitra) Daerah Kubang Pasu.... buat masa ini menetap di rumah keluarga angkat Ustaz Salleh Haji Hussin sekeluarga yang dipanggil abah dan mak jugak.. ada 5 orang anak, 4 lelaki, 2 dah bekerja dan 2 sekolah menengah, dan bongsu perempuan masih di tadika...
Abah bekerja di Pejabat Mufti di Aloq Staq dan mak surirumah tapi ada projek catering yang besar jugak... kalau nak tahu catering Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan masa di Dewan Wawasan hari tuu catering mak lah yang berkongsi dengan Mak Tam iaitu mak Manakan...
Macam mana dapat berkenalan dengan keluarga angkat ni panjang ceritanya.... jadi tak payah cerita.... Rumah yang bakal kami sewa juga tidak jauh dari Kampung Padang lebih kurang 5km dan ke Pejabat baru Ramli pun 5km lebih kurang di Kompleks Persekutuan Anak Bukit, Aloq Staq macam Mini Putrajayalah...

Rumah Keluarga Angkat kami....




Sejarah Kampung Padang ; Pada tahun 1915, Kampung Padang, Mukim Jitra , Kubang Pasu , Kedah Darul Aman telah diterokai oleh lapan buah keluarga, kesemua keluarga berkenaan adalah berketurunan Melayu - Siam beragama Islam serta berasal dari Hattyai, Selatan Thailand.

Menurut Haji Ahmad Taif yang lahir pada tahun 1921, kampung ini dahulunya adalah hutan belantara sebelum diteroka oleh nenek beliau yang kemudiannya menanam pokok getah dan sawah padi.

Terdapat satu versi yang disampaikan secara lisan penduduk kawasan ini, ‘Padang’ bermaksud ‘Kampung Sawah Padi’. Kampung ini sebelumnya dikenali sebagai ‘Kampung Rimba Tuli’ kerana kampung ini dipenuhi dengan hutan rimba yang padat dengan pokok bakau, ini berdasarkan kepada geran tanah yang dimiliki oleh keluarga Haji Ahmad yang tertera perkataan ‘Rimba Tuli’ dalam geran tersebut. Keluasan keseluruhan kampung ini ialah 73 hektar dan keluasan tanah untuk pertanian seluas 63 hektar.
Lagi sebulan boleh dituai....
Rumak Mak Tam tempat masak dan lori untuk catering
Kenderaan yang tak akan dijumpai sampai bila-bila di Manjung
Bersama Mak Su Mimi Mak Manakan...

Wednesday, April 2, 2008

SARAPAN PAGI






Kawan-kawan kena bersarapan dulu sebelum pergi sekolah ok..?



















Pagi nie menu saya cucur kodok...























Ok bye sebab saya tak tahu kayuh basikal jadi saya tumpang kakak sepupu saya jer ke sekolah...







Nasi lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.
Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan. Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan.


Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?
Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa.Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya.

Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.
Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.

Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga.

Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Tuesday, April 1, 2008

JOM MAIN BOLING





Gaya seorang atlit terkemuka sukan boling






















Mendapat pandangan strategi dari jurulatih peribadi






















Minum dahulu...

















Nie kira letih sangat dah rehat jap


















Tukar bola pulak !!!





















Mana orang lain nie takut ke...















Bersama pengurus pasukan








Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).

Permainan ini berasal dari permainan "skittle' dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.

Tuesday, February 12, 2008

JALAN-JALAN KE MELAKA

Melaka adalah negeri yang kedua terkecil dengan keluasan kawasan sebanyak 1683 km persegi. Melaka telah banyak mencorakkan sejarah Malaysia, kerana disinilah segalanya bermula.
Melaka telah diasaskan dengan keberanian. Menurut lagenda, Parameswara, seorang putera raja dari Palembang, Sumatera telah terpegun dengan keberanian seekor kancil yang telah menendan seekor anjing yang mengejarnya kedalam sungai. Aksi berani ini telah menaikkan semangat Parameswara dan beliau telah memanggil tempat itu "Melaka" sempena dengan nama pokok dimana beliau berteduh. Beliau kemudian telah menamakan dirinya sendiri sebagai pemerintah Melaka.




Dibawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau, Melaka membangun hingga menjadi kuat kerana polisi politik, sosial dan ekonominya.
Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa.
Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam.
Pihak Portugis telah datang ke Timur untuk menakluk perdagangan rempah-ratus. Pada tahun 1511, bala tentera yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah menakluk Melaka. Pihak Portugis telah gagal untuk menjadikan Melaka sebuah negeri sejahtera kerana polisi-polisinya yang menyekat kebebasan serta pertandingan dan perang. Pihak Portugis telah memerintah Melaka dari tahun 1511 ke 1641.
Dalam tahun 1641, pihak Belanda telah mengalahkan pihak Portugis. Pihak Belanda telah memerintah Melaka dari tahun 1641-1795 tetapi mereka tidak berminat untuk menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan diantara Timur dan Barat tetapi mereka lebih berminat untuk membangunkan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Dibawah Perjanjian Anglo-Dutch, Melaka telah diserahkan kepada pihak British dalam tahun 1811 untuk ditukarkan dengan Batavia (Jakarta). Melaka kekal dibawah pemerintahan British sehingga kepada Perang Dunia kedua. Pihak Jepun kemudian telah memerintah Melaka pada tahun 1941-1945 dan kemudian menyerahkannya kembali kepada pihak British. Melaka kemudiannya dimerdekakan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Melaka hari ini telah membangun kepada sebuah perbandaran yang terancang. Pembangunan ini adalah hasil penat lelah serta semangat dan komitmen yang telah diturunkan oleh pemerintah Melaka untuk menjadikan Melaka sebuah negeri maju sebelum tahun 2010.
Malaysia telah mempraktikkan konstitusi beraja dalam kerajaan. Di peringkat kerajaan pusat, ketua Kerajaan adalah yang Dipertuan Agong. Beliau dibantu oleh Perdana Menteri.
Di peringkat negeri, ketua kerajaan adalan Gabenor atau Yang DiPertua Negeri. Beliau dibantu oleh Ketua Menteri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri.
Ketua Menteri dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam melaksanakan tugas-tugasnya dalam mentadbir kerajaan negeri. Exco ini bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri diwakili oleh pelbagai orang yang telah dilantik setiap lima tahun.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain Jabatan. Komponen-komponen lain pentadbiran negeri termasuk agensi kerajaan, korporat serta Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Jentera kerajaan yang paling rendah diwakili oleh JAPERUN dan JKKK.
Di peringkat tempatan, terdapat tiga majlis daerah iaitu Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, Majlis Daerah Alor Gajah dan Majlis Daerah Jasin. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.

Tuesday, January 22, 2008

PROJEK BARU


Solekan atau andaman pengantin adalah satu aspek yang amat penting dalam persediaan dan urusan pengantin dan perkahwinan anda. Sudah semestinya anda ingin tampil dengan rupa yang menawan. Seseorang make-up artist yang baik boleh mengelakkan bintik-bintik hitam, jerawat atau apa saja kecacatan pada muka anda tidak kelihatan. Selalunya anda boleh mendapatkan penerangan secara percuma atau pada harga bayaran yang minima dari mak andam/make-up artist anda sebelum mengambilnya sebagai mak andam/make-up artist pada hari pertunangan, pernikahan dan persandingan anda. Cuba dapatkan juga penerangan untuk acara khas yang lain. Jika anda ingin berjimat, selalunya solekan/andaman datang sebagai sebahagian daripada pakej perkahwinan. Tetapi jika anda inginkan yang professional yang pandai menghilangkan "blemishes" di muka anda, buatlah pilihan yang terbaik.

Buat masa inii tidak semuanya kami sediakan di Andaman Kasih cuma jika anda ada budget ciput tapi nak melaram bolehlah hubungi kami... buat masa ini bulan Mac dah ada sorang pelanggan dari barang hantaran ke cenderahati tetamu, kad kahwin dan make up macam tak gamak tapi tunggulah nanti hasilnya pelanggan pertama di majlis perkahwinan nie. Selalunya untuk majlis pertunangan jer.. bulan dua belas hari tuu adalah seorang untuk sediakan barang hantarannya. Namun jikalau ada yang memohon sampai Serawak tuuu awal-awal lagi ngaku tak mampu rasanya kalau dekat-dekat Ipoh,Taiping, Kuala Kangsar tuu bolehlah... hehehhe. Namun ada beberapa kursus perlu dihadiri lagi tahun ini...dan anak...? Bumi Hijau nampak macam melambai-lambai... mungkin Tok/Tok Wan boleh jaga maklumlah dah pencen dari jaga anak menakan.



Apapun projek kecil-kecilan nie tak boleh cerita selalu...maklumlah baru nak bertatih... jumpa lagi.



Related Posts with Thumbnails