Monday, July 28, 2008

JUBLI EMAS



Sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah menyingkap kembali sejarah kesultanan lebih 900 tahun lalu yang bermula dengan pemerintahan Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1136. Sehingga hari ini terdapat 28 orang Sultan yang silih berganti mewarisi takhta kesultanan paling tua di dunia itu.Terdapat lapan buah pusat pemerintahan di seluruh negeri Kedah iaitu Kota Bukit Meriam (1136-1236), Kota Sungai Emas (1236-1323), Kota Siputih (1323-1626), Kota Naga (1626-1654), Kota Sena (1654-1664), Kota Bukit Pinang (1687-1735) dan Kota Star (1735 sehingga kini).

Takhta kesultanan Kedah memasuki era amat bersejarah apabila pemerintahan Sultan Abdul Halim genap usianya 50 tahun. Sultan Abdul Halim merupakan Sultan Kedah yang keempat menyambut Jubli Emas semasa pemerintahan berada di atas takhta. Sultan-sultan sebelumnya ialah Sultan Kedah kelapan, Sultan Ataullah Muhammad Shah (1423-1473), Sultan ke-19 Sultan Zainal Adilin Mu'adzam Shah (1710-1778), dan Sultan ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943).

Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit di sini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid serta bersemayam di asrama pada 1946 sehingga 1949.Pada Februari 1949, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan selepas selesai kursus persiapan, baginda diterima masuk ke Wadham College di Oxford, London pada 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.Ketika masih menuntut di England, Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949.Tidak seperti kebanyakkan putera raja yang lain, baginda memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Daerah Kota Star dan Perbendaharaan Kedah setelah kembali ke tanah air pada 1955.Mulai 9 Mac 1957 hingga 3 Julai 1957, Sultan Abdul Halim memangku jawatan Sultan Kedah kerana ayahandanya Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959 manakala Almarhum Tuanku Bahiyah Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Sultanah Kedah.Baginda mempunyai pejabat di pusat pentadbiran negeri, Wisma Darulaman dan memasuki pejabatnya seperti kakitangan kerajaan lain bermula pada pukul 8 pagi hingga tamat waktu pejabat harian.

Menyentuh mengenai kehidupan peribadi, hasil perkongsian hidup dengan Almarhumah Sultanah Bahiyah pada 10 Mac 1956, baginda dianugerahkan tiga puteri iaitu Tunku Soraya, 44, Tunku Sarina (mangkat pada 31 Ogos 1991) dan Tunku Datuk Seri Intan Safinaz, 39.Baginda juga berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975.Sempena sambutan Jubli Emas ini, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata kerajaan negeri mengaturkan pelbagai acara bagi memeriahkan perayaan itu.Katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju dengan cadangan untuk membina sebuah taman awam sebagai lambang mengabadikan sambutan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan baginda.Syed Unan Mashri memberitahu, taman seluas 20 hektar tersebut bakal menjadi tanda kasih sayang kerajaan negeri dan rakyat kepada Sultan Kedah sebagai sultan yang mencurahkan usia 50 tahun baginda untuk berkhidmat."Sejarah gemilang pemerintahan Tuanku (Sultan Kedah) dan juga 27 orang sultan-sultan terdahulu yang menjangkau hampir 1,000 tahun akan diabadikan di dalam reka bentuk 'Batu Bergambar' dan 'Batu Bersurat' yang menghiasi taman ini."Di atas 'Batu Bergambar' akan diukir sejarah Perlembagaan Pembangunan Negeri Kedah Darulaman sepanjang tempoh Sultan Kedah menaiki takhta sehingga sambutan Jubli Emas," katanya.


d'edit dr BERNAMA

Saturday, July 26, 2008

PINDAH RUMAH

Kami sekeluarga dah berpindah ke Aloq Staq mulai 16hb Julai hari tu... sekarang masih lagi menetap di Kampung Padang, di bandar PJ (Pekan Jitra) Daerah Kubang Pasu.... buat masa ini menetap di rumah keluarga angkat Ustaz Salleh Haji Hussin sekeluarga yang dipanggil abah dan mak jugak.. ada 5 orang anak, 4 lelaki, 2 dah bekerja dan 2 sekolah menengah, dan bongsu perempuan masih di tadika...
Abah bekerja di Pejabat Mufti di Aloq Staq dan mak surirumah tapi ada projek catering yang besar jugak... kalau nak tahu catering Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan masa di Dewan Wawasan hari tuu catering mak lah yang berkongsi dengan Mak Tam iaitu mak Manakan...
Macam mana dapat berkenalan dengan keluarga angkat ni panjang ceritanya.... jadi tak payah cerita.... Rumah yang bakal kami sewa juga tidak jauh dari Kampung Padang lebih kurang 5km dan ke Pejabat baru Ramli pun 5km lebih kurang di Kompleks Persekutuan Anak Bukit, Aloq Staq macam Mini Putrajayalah...

Rumah Keluarga Angkat kami....




Sejarah Kampung Padang ; Pada tahun 1915, Kampung Padang, Mukim Jitra , Kubang Pasu , Kedah Darul Aman telah diterokai oleh lapan buah keluarga, kesemua keluarga berkenaan adalah berketurunan Melayu - Siam beragama Islam serta berasal dari Hattyai, Selatan Thailand.

Menurut Haji Ahmad Taif yang lahir pada tahun 1921, kampung ini dahulunya adalah hutan belantara sebelum diteroka oleh nenek beliau yang kemudiannya menanam pokok getah dan sawah padi.

Terdapat satu versi yang disampaikan secara lisan penduduk kawasan ini, ‘Padang’ bermaksud ‘Kampung Sawah Padi’. Kampung ini sebelumnya dikenali sebagai ‘Kampung Rimba Tuli’ kerana kampung ini dipenuhi dengan hutan rimba yang padat dengan pokok bakau, ini berdasarkan kepada geran tanah yang dimiliki oleh keluarga Haji Ahmad yang tertera perkataan ‘Rimba Tuli’ dalam geran tersebut. Keluasan keseluruhan kampung ini ialah 73 hektar dan keluasan tanah untuk pertanian seluas 63 hektar.
Lagi sebulan boleh dituai....
Rumak Mak Tam tempat masak dan lori untuk catering
Kenderaan yang tak akan dijumpai sampai bila-bila di Manjung
Bersama Mak Su Mimi Mak Manakan...
Related Posts with Thumbnails