Monday, September 24, 2007

LA21

Dok di Manjung nie apa saja program berkaitan dengan LA21 tapi tak berapa faham dan merayau-rayau di Laman web Majlis Perbandaran Manjung terjumpalah ini...

SEJARAH LOCAL AGENDA 21

Pada Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara (termasuk Malaysia) menghadiri persidangan kemuncak Bumi Bangsa – Bangsa di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mampan.Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21 – satu agenda untuk mencapai pembangunan mampan di abad 21.

Pelan Pembangunan Mampan Agenda 21 mengandungi 40 bab dan dibahagikan kepada 40 bab.Bab 28 adalah mengenai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyokong Agenda 21 berbunyi:
“disebabkan banyak masalah dan penyeksaan disyorkan dalam Agenda 21 berakar umbi daripada aktiviti tempatan, penyertaan dan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan merupakan faktor penentu dalam memenuhi objektifnya”
Pihak Berkuasa Tempatan diminta mengambil satu pendekatan positif dalam melaksanaan Agenda 21 ke arah pembangunan mampan peringkat tempatan.


APA ITU LOCAL AGENDA 21?

Secara ringkas Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan.

Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.

APA ITU AGENDA 21?

Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21.
Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan
Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing.

OBJEKTIF LOCAL AGENDA 21

Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.

Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama

Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21.

Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.

Mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap PBT.

Wednesday, September 19, 2007

JALAN-JALAN KE ZOO TAIPING

Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran.

Hayati Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman in, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan inin serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan.

















TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Puasa Tak...?


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Related Posts with Thumbnails