Tuesday, December 12, 2006

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LKTF

Petang semalam kakak pergi Majlis Penyampaian Sijil Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di Dewan Kompleks Silveritage Galeria Medan Gopeng dekat stesen bas Ipoh sekarang. Dulu masa bulan Mei hingga Jun ambil kursus solekan setiap hujung minggu. Kata Ramli kalau Pak Tam berminat contactlah Pegawai JBS kat Johor Bahagian Pembangunan Kemahiran. Selain solekan, ada kursus Refleksiologi, membaiki komputer, Jahitan Baju Kurung dan Memasak. Tapi kursusnya tak samalah, Ramli kelam-kabut jugak dia jadi 'stage meneger' petang tu... Majlis bermula pukul 3.00 petang dan tamat pukul 5.00 petang tapi kakak balik dekat pukul 6.00 petang sebab tunggu Ramli...

Ramai juga peserta yang hadir termasuk dari Manjung, Taiping, Pengkalan Hulu pun ada

Ucapan Perasmian oleh bos Ramli, rumah dia dekat
rumah kami jer, rumah dua tingkat sebelum simpang
rumah kami tu.


Tuah Zulkarnain pelakon cerita kawan kat TV3 tu dengan
Abangnya Pegawai Projek.. Tuah jadi pengacara petang tu



Persembahan dari Kelab Bandaraya Ipoh... masa makan



Kakak dengan salah seorang peserta kursus yang sama...

Kita Jalan-jalan Lagi

Apa khabar semua? Dalam cuti sekolah nie ada perancangan bercuti ke mana-mana ke?
Kalau nakkan sesuatu yang menarik kita boleh melawat Negeri Kedah Darul Aman


Tapi sebab dah malam
kita akan pergi pagi-pagi esok, pastikan sebelum perjalanan jauh
anda tidur secukupnya...



Tempat yang kita lawati ini Air Terjun Lata Hijau jalan Baling ke Kulim...


Rasa airnya sangat sejuk dan kepada kanak-kanak
perlu pengawasan ibubapa sebab airnya sangat dalam,
rasa macam nak mandi...


Sebelum mandi kita pekena rojak buah dulu...


Okey sebab dah mandi kita salin pakaian lain dulu...



Okey setakat di sini program jalan-jalan kita,
ada masa kita akan jelajah tempat yang lain pula...

Saturday, December 9, 2006

MAJLIS AKAD NIKAH ABANG EGI


Ibu Pengantin lelaki yang berasa gelisah ketika menanti majlis bermula


Ramai juga ahli rombongan pengantin lelaki yang turut serta


Sampai penuh rumah pengantin perempuan



Menunggu dengan debaran sebelum majlis bermula



Pengantin baru sedang menandatangani surat nikah

KENANGAN DI AIDILFITRI


Bergambar ramai-ramai dengan anak Pak Jang Bakar Tebuk Yan


Bergambar dengan Ida ketika ini kandungan 7 bulan

MENANTI DENGAN DEBARAN AHLI BARU

"Assalamualaikum semua... nama saya Farah Salwiah hari ni saya nak bawak anda semua jalan-jalan, nak ikut jomlah..."


Sebelum kita jalan-jalan pastikan semua keperluan dan persediaan mencukupi



Tempat pertama kita lawati ialah Masjid Putrajaya,
kena pakai jubah sebab tak boleh pakai seluar...



Masih di Putrajaya... di atas jambatan merentasi
tasik buatan



Nie kat KLIA, masa nie ramai pelatih-pelatih
PLKN balik ke destinasi masing-masing



Bergambar kenangan dengan Mama dan Emak
di KLIA, masa nie hantar mama balik Sabah



Kalau dah lapar kita singgah makan dulu...



Dah selesai jalan-jalan kita baliklah...
Lain kali kita jalan-jalan lagi ok!
Related Posts with Thumbnails