Saturday, July 26, 2008

PINDAH RUMAH

Kami sekeluarga dah berpindah ke Aloq Staq mulai 16hb Julai hari tu... sekarang masih lagi menetap di Kampung Padang, di bandar PJ (Pekan Jitra) Daerah Kubang Pasu.... buat masa ini menetap di rumah keluarga angkat Ustaz Salleh Haji Hussin sekeluarga yang dipanggil abah dan mak jugak.. ada 5 orang anak, 4 lelaki, 2 dah bekerja dan 2 sekolah menengah, dan bongsu perempuan masih di tadika...
Abah bekerja di Pejabat Mufti di Aloq Staq dan mak surirumah tapi ada projek catering yang besar jugak... kalau nak tahu catering Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan masa di Dewan Wawasan hari tuu catering mak lah yang berkongsi dengan Mak Tam iaitu mak Manakan...
Macam mana dapat berkenalan dengan keluarga angkat ni panjang ceritanya.... jadi tak payah cerita.... Rumah yang bakal kami sewa juga tidak jauh dari Kampung Padang lebih kurang 5km dan ke Pejabat baru Ramli pun 5km lebih kurang di Kompleks Persekutuan Anak Bukit, Aloq Staq macam Mini Putrajayalah...

Rumah Keluarga Angkat kami....




Sejarah Kampung Padang ; Pada tahun 1915, Kampung Padang, Mukim Jitra , Kubang Pasu , Kedah Darul Aman telah diterokai oleh lapan buah keluarga, kesemua keluarga berkenaan adalah berketurunan Melayu - Siam beragama Islam serta berasal dari Hattyai, Selatan Thailand.

Menurut Haji Ahmad Taif yang lahir pada tahun 1921, kampung ini dahulunya adalah hutan belantara sebelum diteroka oleh nenek beliau yang kemudiannya menanam pokok getah dan sawah padi.

Terdapat satu versi yang disampaikan secara lisan penduduk kawasan ini, ‘Padang’ bermaksud ‘Kampung Sawah Padi’. Kampung ini sebelumnya dikenali sebagai ‘Kampung Rimba Tuli’ kerana kampung ini dipenuhi dengan hutan rimba yang padat dengan pokok bakau, ini berdasarkan kepada geran tanah yang dimiliki oleh keluarga Haji Ahmad yang tertera perkataan ‘Rimba Tuli’ dalam geran tersebut. Keluasan keseluruhan kampung ini ialah 73 hektar dan keluasan tanah untuk pertanian seluas 63 hektar.
Lagi sebulan boleh dituai....
Rumak Mak Tam tempat masak dan lori untuk catering
Kenderaan yang tak akan dijumpai sampai bila-bila di Manjung
Bersama Mak Su Mimi Mak Manakan...

6 comments:

Bangchik and Kakdah said...

Ayah tak boleh tenguk kawasan yang menghijau.... kaki dan tangan rasa ketaq.

InsyaAllah 5 atau 6 haribulan Ogos ni, Ayah dan Mama akan ke utara. Ayah tinggalkan Mama di Jitra. Ayah dengan urusan Ayah di Seberang Perai. Ayah kena balik Putrajaya petang 7hb.

Tenguklah keadaan, kalau mama nak terus di Jitra sampai weekend.... tapi berani ke mama balik ke Putrajaya sorang-sorang?....

Selamat jadi Orang Kedah. Adik Lynn nanti dalam i.c. tak ada -08-..... hehe... Ka nak bersalin di Perak?

Farah said...

: hehehe...tak tau lagi kalau boleh memang nak kekalkan -08-,ikut keadaan la mana yg dan : )


: kalau mai kedah,ayah ambik la lajak cuti boleh tlg bercucuk tanam kat umuh ni hehehe.. kalau tangan ayah mesti menjadi punya lah,kakak tlg siram je lah

PakTeh said...

salam. semoga hijrah ini membawa banyak kebaikan untuk keluarga. salam untuk semua.

best la kakak, nak beras, boleh proses sendiri.

azlanlin said...

Selamat bertugas ke tempat baru..
Bestnya dok di keliling pokok menghijau..

p/s : ada tak beras yang dipilih terus jadi nasi..hehhe

Rozita bt. Paiman said...

Selamat berpindah. Lambatnya Mak Tam tau. Hahaha...

Sejak pindah ni blog pun tukaq wajah.... orennya..... mana hijaunya???

Bangchik and Kakdah said...

Tengukla kalau ada rezeki, 2 bulan lagi, sapa-sapa pi Taman Wira Mas, Kepala Batas, boleh rasa cili dan tomato!

Kakak, pokok bukan nak ayaq saja, baja pun mauuu....

hahaha... 3 anak cili .... 2 anak tomato cherry.

Related Posts with Thumbnails