Tuesday, April 1, 2008

JOM MAIN BOLING





Gaya seorang atlit terkemuka sukan boling






















Mendapat pandangan strategi dari jurulatih peribadi






















Minum dahulu...

















Nie kira letih sangat dah rehat jap


















Tukar bola pulak !!!





















Mana orang lain nie takut ke...















Bersama pengurus pasukan








Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).

Permainan ini berasal dari permainan "skittle' dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.

4 comments:

aQQim said...

nanti boleh lawan ngan makngah ida ler..

azlanlin said...

Jom...kita pakat kumpul waris semasa cuti-cuti nanti....kita ajak pengurus pasukan utk uruskan game..... amcm..orait tak?

Pak Ngah: said...

:: salam... kita pakat tengok... siapa yg tau main dan sebaliknya... asyik2 nak masuk "longkang" di kiri kanan je... kahkahkah...

Zuraidah said...

Opah tak tau main bowling ... Nak cuba boleh .... kena pakai knee guard la.

Related Posts with Thumbnails