Wednesday, April 2, 2008

SARAPAN PAGI






Kawan-kawan kena bersarapan dulu sebelum pergi sekolah ok..?



















Pagi nie menu saya cucur kodok...























Ok bye sebab saya tak tahu kayuh basikal jadi saya tumpang kakak sepupu saya jer ke sekolah...







Nasi lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.
Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan. Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan.


Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?
Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa.Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya.

Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.
Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.

Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga.

Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Tuesday, April 1, 2008

JOM MAIN BOLING





Gaya seorang atlit terkemuka sukan boling






















Mendapat pandangan strategi dari jurulatih peribadi






















Minum dahulu...

















Nie kira letih sangat dah rehat jap


















Tukar bola pulak !!!





















Mana orang lain nie takut ke...















Bersama pengurus pasukan








Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).

Permainan ini berasal dari permainan "skittle' dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.

Tuesday, February 12, 2008

JALAN-JALAN KE MELAKA

Melaka adalah negeri yang kedua terkecil dengan keluasan kawasan sebanyak 1683 km persegi. Melaka telah banyak mencorakkan sejarah Malaysia, kerana disinilah segalanya bermula.
Melaka telah diasaskan dengan keberanian. Menurut lagenda, Parameswara, seorang putera raja dari Palembang, Sumatera telah terpegun dengan keberanian seekor kancil yang telah menendan seekor anjing yang mengejarnya kedalam sungai. Aksi berani ini telah menaikkan semangat Parameswara dan beliau telah memanggil tempat itu "Melaka" sempena dengan nama pokok dimana beliau berteduh. Beliau kemudian telah menamakan dirinya sendiri sebagai pemerintah Melaka.




Dibawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau, Melaka membangun hingga menjadi kuat kerana polisi politik, sosial dan ekonominya.
Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa.
Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam.
Pihak Portugis telah datang ke Timur untuk menakluk perdagangan rempah-ratus. Pada tahun 1511, bala tentera yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah menakluk Melaka. Pihak Portugis telah gagal untuk menjadikan Melaka sebuah negeri sejahtera kerana polisi-polisinya yang menyekat kebebasan serta pertandingan dan perang. Pihak Portugis telah memerintah Melaka dari tahun 1511 ke 1641.
Dalam tahun 1641, pihak Belanda telah mengalahkan pihak Portugis. Pihak Belanda telah memerintah Melaka dari tahun 1641-1795 tetapi mereka tidak berminat untuk menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan diantara Timur dan Barat tetapi mereka lebih berminat untuk membangunkan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Dibawah Perjanjian Anglo-Dutch, Melaka telah diserahkan kepada pihak British dalam tahun 1811 untuk ditukarkan dengan Batavia (Jakarta). Melaka kekal dibawah pemerintahan British sehingga kepada Perang Dunia kedua. Pihak Jepun kemudian telah memerintah Melaka pada tahun 1941-1945 dan kemudian menyerahkannya kembali kepada pihak British. Melaka kemudiannya dimerdekakan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Melaka hari ini telah membangun kepada sebuah perbandaran yang terancang. Pembangunan ini adalah hasil penat lelah serta semangat dan komitmen yang telah diturunkan oleh pemerintah Melaka untuk menjadikan Melaka sebuah negeri maju sebelum tahun 2010.
Malaysia telah mempraktikkan konstitusi beraja dalam kerajaan. Di peringkat kerajaan pusat, ketua Kerajaan adalah yang Dipertuan Agong. Beliau dibantu oleh Perdana Menteri.
Di peringkat negeri, ketua kerajaan adalan Gabenor atau Yang DiPertua Negeri. Beliau dibantu oleh Ketua Menteri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri.
Ketua Menteri dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam melaksanakan tugas-tugasnya dalam mentadbir kerajaan negeri. Exco ini bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri diwakili oleh pelbagai orang yang telah dilantik setiap lima tahun.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain Jabatan. Komponen-komponen lain pentadbiran negeri termasuk agensi kerajaan, korporat serta Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Jentera kerajaan yang paling rendah diwakili oleh JAPERUN dan JKKK.
Di peringkat tempatan, terdapat tiga majlis daerah iaitu Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, Majlis Daerah Alor Gajah dan Majlis Daerah Jasin. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.

Tuesday, January 22, 2008

PROJEK BARU


Solekan atau andaman pengantin adalah satu aspek yang amat penting dalam persediaan dan urusan pengantin dan perkahwinan anda. Sudah semestinya anda ingin tampil dengan rupa yang menawan. Seseorang make-up artist yang baik boleh mengelakkan bintik-bintik hitam, jerawat atau apa saja kecacatan pada muka anda tidak kelihatan. Selalunya anda boleh mendapatkan penerangan secara percuma atau pada harga bayaran yang minima dari mak andam/make-up artist anda sebelum mengambilnya sebagai mak andam/make-up artist pada hari pertunangan, pernikahan dan persandingan anda. Cuba dapatkan juga penerangan untuk acara khas yang lain. Jika anda ingin berjimat, selalunya solekan/andaman datang sebagai sebahagian daripada pakej perkahwinan. Tetapi jika anda inginkan yang professional yang pandai menghilangkan "blemishes" di muka anda, buatlah pilihan yang terbaik.

Buat masa inii tidak semuanya kami sediakan di Andaman Kasih cuma jika anda ada budget ciput tapi nak melaram bolehlah hubungi kami... buat masa ini bulan Mac dah ada sorang pelanggan dari barang hantaran ke cenderahati tetamu, kad kahwin dan make up macam tak gamak tapi tunggulah nanti hasilnya pelanggan pertama di majlis perkahwinan nie. Selalunya untuk majlis pertunangan jer.. bulan dua belas hari tuu adalah seorang untuk sediakan barang hantarannya. Namun jikalau ada yang memohon sampai Serawak tuuu awal-awal lagi ngaku tak mampu rasanya kalau dekat-dekat Ipoh,Taiping, Kuala Kangsar tuu bolehlah... hehehhe. Namun ada beberapa kursus perlu dihadiri lagi tahun ini...dan anak...? Bumi Hijau nampak macam melambai-lambai... mungkin Tok/Tok Wan boleh jaga maklumlah dah pencen dari jaga anak menakan.



Apapun projek kecil-kecilan nie tak boleh cerita selalu...maklumlah baru nak bertatih... jumpa lagi.



Sunday, November 4, 2007

JALAN-JALAN KE NEGERI DI BAWAH BAYU

Negeri Sabah The Land Below The Wind, merupakan tempat yang banyak daya tarikan, menjadikan negeri ini tumpuan pelancong dari luar negeri mahupun pelancong tempatan. Senario ini menjadikan industri pelancongan di sabah menjadi pemangkin utama ekonomi Sabah. Pelbagai pihak cuba menjadikan pelacongan di Sabah lebih menarik dan menyeronokkan para pelancong. Berikut merupakan catatan ringkas tentang tempat-tempat di Sabah yang mejadi tumpuan pelancong. Manalah tahu anda juga teringin hendak melancong suatu masa nanti. Bolehlah jadi sedikit panduan.

PELANCONGAN DI LAUT


PULAU MANTANANI
Terletak berdekatan dengan Kota Belud. Perjalanan mengambil masa hanya kira-kira satu jam dari Kota Kinabalu, ibu negeri bagi Sabah. Apa yang menarik di sana ialah pasirnya yang putih bak kristal. Bagi anda yang berhobi memancing boleh mencuba ditampat ini. Terdapat juga perkhidmatan Scuba dan menyelam


PULAU LAYANG-LAYANGTerkenal dengan "Swallow Reef". Boleh dilawati dengan menaiki kapal terbang.


TAMAN TUNKU ABDUL RAHMANTempat ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit sahaja dengan menaiki bot dari Kota Kinabalu. Terkenal dengan aktiviti BBQ, menyelam, memancing, snokerling, kayak, luncur angin dan banyak lagi.

PULAU TIGATerletak 48 kilometer di selatan Kota-kinabalu. Boleh dilawati dengan belayar terus dari Kota-Kinabalu, atau dari Semenanjung Klias dengan perjalanan kira-kira 30 minit dengan menaiki bot. Yang menarik di sana ialah BBQ dan banyak lagi.





KLIAS WETLANDSTerdapat banyak burung di sini. Begitu juga dengan hidupan sungainya. "Proboscis Monkeys" juga terdapat disini.

PULAU SELINGAN(Taman Pulau Penyu) Pulau ini terletak 40 kilometer diutrara Sandakan di laut Sulu. Pulau berdekatan ialah Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan. Penyu hijau seperti "Chelonia Mydas" banyak terdapat di sini. Perjalanan mengambil masa satu jam dengan bot dari bandar Sandakan. Masa terbaik melawat ialah antara bulan Mac dan September.


PULAU LANGKAYAN Tempat menyelam yang sungguh menarik dengan hidupan lautnya yang mempersonakan. Pulau ini terletak di barat daya Sandakan.



PULAU SIPADAN
Pulau ini terletak 35 kilometer di selatan Semporna. Terdapat 6 resort terdapat disini iaitu, Pulau Sipadan Resort, Abdillah sipadan Resort, Borneo Diver & Sea Sport, Borneo Sea Advanture, Pulau Bajau's dan Sipadan Dive Center.

PELANCONGAN DI DARAT

RUMAH PANJANG RUNGUS - KUDAT KUDATRumah Panjang RungusKaum Rungus merupakan salah satu keluarga bagi kaum KadazanDusun. Kebanyakan daripada mereka tinggal dirumah panjang. Kepercayaan tradisi masih terpelihara di sini.

TUARAN DAN TAMU DI KOTA BELUD
Perjalanan mengambil masa kurang satu jam dengan memandu dari Kota Kinabalu melalui lebuhraya yang baru. 'Koboi' Bajau terkenal di sini. Mereka adalah penunggang kuda yang handal.



Tamu yang berwarna-warni menambahkan lagi tarikan pengunjung. Pelawat boleh mendapatkan banyak kraftangan buatan anak tempatan Sabah. Berdekatan dengan Tuaran terdapat Sungai Mengkabong yang kaya dengan hutan bakaunya. Tempat ini sesuai untuk aktiviti menangkap ketam.
Sepanjang perjalanan, anda akan nampak kerbau di mana-mana sahaja, oleh itu berhati-hati terutama pada waktu malam kerana jalan raya milik mereka pada ketika itu.

GUNUNG KINABALU -






RANAU
Sudahkah anda mendaki Gunung Kinabalu? Jika anda gemarkan aktiviti mendaki, tempat ini tempat yang sesuai untuk 'test power'. Kinabalu National Park merupakan tempat menarik dengan Gunung Kinabalu yang setinggi 4,094 meter merupakan gunung yang tertinggi di Asia. Terletak 90 kilometer dari Kota Kinabalu dan mengambil masa lebih kurang dua jam dengan menaiki kereta. Masa terbaik mendaki adalah, antara bulan Mac dan April iaitu musim kering.



KOLAM AIR PANAS PORING
















Merupakan sebahagian daripada Kinabalu National Park. Terletak 13 kilometer dari Pekan Ranau, atau lebih kurang 40 kilometer dari Kinabalu National Park di Kundasang. Tempat ini adalah antara tempat menarik yang menjadi tumpuan utama pelancong di Sabah.. Kemudahan seperti rumah rehat disediakan. Lain-lain yang menarik disini ialah tempat berkhemah, 'Canopy Walkway', Taman Rama-rama, Orkid dan banyak lagi.

KAMPUNG BUDAYA MONSOPIAD - KOTA KINABALU Dibuka pada 1 May 1996. Monsopiad dijelmakan daripada lagenda Suku Kaum Kadazandusun suatu ketika dahulu iaitu seorang pahlawan yang dinamai Monsopiad. Ianya unik kerana satu satunya kampung budaya di Sabah. Apa yang menarik disini ialah amalan tradisi suku kaum itu sendiri. Antara aktiviti yang menarik ialah Persembahan kebudayaan. Khidmat panduan pelancong juga boleh di dapati selain minuman tradisi(tapai).







KERETAPI UTARA BORNEO Keretapi ini dibuat di England pada tahun 1954. Jumlah penumpang pada satu-satu masa ialah seramai 180 orang. Keretapi ini akan membuat perjalanan 2 kali dalam seminggu iaitu dari Kota Kinabalu ke Papar. Jadual perjalanan ialah pada hari Rabu dan hari Sabtu. Ia akan berlepas pada jam 10.00 pagi dan kembali pada jam 2.00 petang.

RAFLESIA
Perjalanan ke sini adalah dengan melalui jalan raya yang berliku-liku dari Kota Kinabalu ke Tambunan melalui Banjaran Kroker.

PUSAT KEBUDAYAAN MURUT


Terletak di pedalaman sabah iaitu di Tenom. Banyak perkara yang menarik disini.

BERAKIT DI SUNGAI PADAS

Hanya terdapat dua sungai sahaja di Sabah yang terkenal sebagai tempat berakit, iaitu Sungai Padas dan Sungai Kiulu. Apa kata kalau anda cuba-cuba pula berakit di Sungai Pegalan Tambunan, tentu ada kelainannya. Anda boleh menaiki kereta dari kampung Lumondou (simpang sebelah kiri dari simpang ke Ranau dan Kota Kinabalu) Tambunan sehingga ke kampung Namadan dan berakit sehingga ke TVRC Tambunan atau sehingga ke Keningau.

BATU PUNGGUL

Anda boleh menaiki bot dari Sepulut dan tinggal di rumah panjang yang hanya kira-kira 10 minit sahaja perjalanan ke Batu Punggul. Terdapat juga gua disini.
MALIAU BASINTempat terkenal disini ialah air terjun maliau.

SEPILOK(PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN)

Tempat ini merupakan pusat pemuliharaan orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Terletak di Sepilok, Sandakan. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit dari bandar Sandakan. Jika anda ke sini, pastikan anda membawa racun penghalau nyamuk, baju lengan panjang dan seluar panjang(warna pudar), baju hujan, topi, kasut untuk mengembara, teropong, kamera dan botol air. Selain daripada sepilok tempat lain yang menarik yang berdekatan ialah Taman Buaya.

LEMBAH DANUM
Tempat ini unik dan kaya dengan flora dan fauna. Terdapat 110 spesies mamalia, termasuk Gajah asia, Orang Utan, Rusa, Badak Sumatera dan banyak lagi. Jika anda ke sini pastikan anda membawa racun penghalau nyamuk, baju lengan panjang dan seluar panjang(warna pudar), baju hujan, topi, kasut untuk mengembara, teropong, kamera dan botol air dan lampu suluh.

GUA MADAI
Boleh dilawat melalui darat dari Lahad Datu atau Tawau. Terletak kira-kira 1.6 kilometer dari jalan utama. Air terjun Madai terletak di tepi jalan antara lahad Datu ke Tawau.

Thursday, October 11, 2007



















DI LEMBARAN INI...
MOHON MAAF DI ATAS SEMUA KESALAHAN & KESILAPAN
MOHON DIHALALKAN MAKAN MINUM...
SEMOGA SEMUA BERBAHAGIA DI SYAWAL INI...
DARI KAMI SEKELUARGA

Friday, September 28, 2007

Related Posts with Thumbnails