Pada 19 Febuari iaitu pada hari isnin bermula 3.00 petang kami mengadakan Majlis Bercukur Adlina di Bumi Hijau. Mak/Tok Yah yang banyak siapkan juadah ada yang dibuat sendiri ada juga yang ditempah antara juadahnya Mihun goreng, ubi rebus, kueh karipap, kueh sagu dan tak lupa pulut kuning berlaukkan udang fresh dari laut.
(Ramli dengan Abah/Tok Wan Mansor turun memukat di laut semalam dapatlah dalam 7 kilo).
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, bermarhaban oleh geng-geng mak/Tok Yah sekitar Bumi Hijau dan Tanjung Ara, Majlis Bercukur, Bacaan Doa Selamat oleh Ayah mertua dan makan minum. Tanpa disangka Mak Long, Kak Ilah, Aeim, dan pengantin baru dari Nenering turut serta sampai ke malamnya.
Pengantin baru sedang menjamu selera
Adlina hari itu sahaja dapat macam-macam hadiah... seronok juge...yang seronok bukan Adlina tapi Umminya..hehehe... Hadiah-hadiah masih tak bebukak lagi,masih berplastik bersampul&bereben
Adlina dan bergambar dengan hadiah-hadiahnya
Antara tetamu yang hadir
5 comments:
tahniah...berlangsunglah sudah majlis dgn jayanya. Dgn paparan yg digarapkan di blog nih, terasa mcm pktam/toktam sekeluarga berada dlm majlis itu... itu le dinamakan kehebatan ict, manfaatkan sepenuhnya. Rajin2 le tulis lagi...
Rambut tumbuh berapa cm dah lepas cukur?
Tak sabo-sabo nak dukung lynn. Hujung Mei opah balik!!
Lynn, kalau ada gambar terkini upload le. Ummi lynn sibuk, jadi lynn kena buat sendiri. Tolong ye lynn.. opah rindu.
:: bakal gambar terbarunya nanti adalah majlis berendoi kali ke-2 di Sitiawan nanti... Pak Ngah agak2 je le...
Post a Comment