Tuesday, May 5, 2009

Jalan-jalan Ke Muzium Padi





Muzium Padi dari jauh...






Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina.
Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.

Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia.

Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.Pengangkutan Kereta Melalui laluan lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan keluar di Alor Star Utara dan ikut papan tanda ke Muzium Padi.












Naik tanggalah pulak...
















Mural yang menarik...













Anda pasti terpesona dengan lukisan di pentas yang berputar ini...



















Antara alatan yang dipamerkan...







































































Nampak macam realkan...





















Ok setakat ini... lain kali kita jumpa lagi...










Related Posts with Thumbnails