Wednesday, February 28, 2007

MAJLIS BERCUKUR

Pada 19 Febuari iaitu pada hari isnin bermula 3.00 petang kami mengadakan Majlis Bercukur Adlina di Bumi Hijau. Mak/Tok Yah yang banyak siapkan juadah ada yang dibuat sendiri ada juga yang ditempah antara juadahnya Mihun goreng, ubi rebus, kueh karipap, kueh sagu dan tak lupa pulut kuning berlaukkan udang fresh dari laut.


(Ramli dengan Abah/Tok Wan Mansor turun memukat di laut semalam dapatlah dalam 7 kilo).







Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, bermarhaban oleh geng-geng mak/Tok Yah sekitar Bumi Hijau dan Tanjung Ara, Majlis Bercukur, Bacaan Doa Selamat oleh Ayah mertua dan makan minum. Tanpa disangka Mak Long, Kak Ilah, Aeim, dan pengantin baru dari Nenering turut serta sampai ke malamnya.


















Pengantin baru sedang menjamu selera






Adlina hari itu sahaja dapat macam-macam hadiah... seronok juge...yang seronok bukan Adlina tapi Umminya..hehehe... Hadiah-hadiah masih tak bebukak lagi,masih berplastik bersampul&bereben














Adlina dan bergambar dengan hadiah-hadiahnya


















Antara tetamu yang hadir





Related Posts with Thumbnails